Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kekalkan status quo Parlimen Betong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tan Sri Jabu mengucapkan tahniah kepada Dr Richard susulan pencalonan di Parlimen Betong. Turut disaksikan Bekas Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat

BETONG: Kekalkan status quo bagi kerusi Parlimen Betong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Menurutnya, Parlimen Betong merupakan kubu kuat bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak sejak lebih 40 tahun lalu.

“Oleh itu, kita berharap agar pengundi di kawasan ini kekalkan sokongan tegar kepada calon yang mewakili PBB di sini.

“Mari kita bekerja keras dan bersatu-padu agar calon baharu, Dr Richard Rapu dapat menang dengan majoriti yang kukuh,” katanya sebelum memulakan majlis ‘Miring” (persembahan tradisional dan kesyukuran kaum Iban) bagi menghormati calon GPS baharu, di sini, hari ini.

Sementara, Jabu juga sempat menyentuh mengenai GPS bahawa ia merupakan platform politik paling kukuh dan relevan untuk semua rakyat Sarawak.

Katanya, penting bagi rakyat untuk memberikan sokongan padu kepada kesemua 31 calon yang bertanding di bawah panji GPS pada pilihan raya akan datang.

“GPS kini sudah menjadi sangat kuat dan boleh diperkukuhkan lagi apabila lebih ramai calon memenangi pilihan raya ini kelak.

“Menjadi kewajipan kita untuk menambah kekuatan GPS,” katanya ringkas.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru