ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Kekalkan tradisi kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan, erat silaturahim pelbagai agama dan kaum — Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tradisi kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan harus dikekalkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata kita harus bersyukur kerana Sarawak dirahmati dengan nikmat keharmonian dan kedamaian.

“Meskipun kita terdiri daripada pelbagai agama dan kaum, kita masih boleh menikmati keharmonian dan kedamaian di negeri ini.

“Justeru, kekalkan kestabilan yang ada dan usah terpengaruh dengan budaya dan pemikiran ekstrem dari luar,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Sehubungan itu, beliau turut mendoakan mereka yang pulang ke kampung halaman agar sentiasa selamat dan bertemu dengan keluarga tersayang.

Di samping itu, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambut perayaan ini.

Tambahnya, Aidilfitri adalah hari menyambut kemenangan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.

Dalam pada itu, beliau turut menjemput orang ramai untuk menghadiri rumah terbuka pada Hari Raya kedua dan ketiga, jam 9.30 pagi hingga 5 petang di Lot 1937, Taman Klasik, Lawas.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih