ARTIKEL

Kekasih Marshanda meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON dan penyanyi Indonesia, Andriani Marshanda, mendedahkan kisah pilu kehilangan kekasihnya yang meninggal dunia akibat terjatuh dari sebuah apartmen pada awal 2023.

Menurut Marshanda, 36, hubungan serius itu bermula pada 2022, namun tidak pernah dikongsikan kepada umum kerana teman lelakinya yang berusia 37 tahun lebih selesa menjaga privasi dan tidak gemar menjadi perhatian.

“Kami menjalin hubungan selama kira-kira enam bulan sebelum tragedi itu berlaku.

Saya sendiri tidak mengetahui dari tingkat berapa dia terjatuh,” katanya.

Marshanda menambah, mereka merancang untuk berkahwin dan kekasihnya sanggup berpindah ke Jakarta serta bersedia memeluk agama Islam demi pernikahan itu.

Hasrat tersebut juga dimaklumkan kepada ibunya.

Kehilangan insan tersayang itu memberi kesan mendalam terhadap kerjaya seni Marshanda sehingga beliau kurang aktif sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak pernah membayangkan kehilangan dia secepat ini.

Semuanya berlaku begitu tiba-tiba,” luah Marshanda.

Kisah tersebut mengundang simpati peminat yang memahami perasaan artis berkenaan, apatah lagi beliau pernah melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan peribadi sebelum ini.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha