ARTIKEL

KONGSI REZEKI...Pengagihan bubur di Masjid Darul Ulum.

Kelab Permotoran Debelo Santuni Komuniti Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Minggu terakhir Ramadan terus dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pelbagai pihak untuk melakukan aktiviti amal.

Tidak terkecuali bagi Kelab Permotoran Debelo yang terus memperkukuh ukhuwah bersama-sama masyarakat setempat menerusi penganjuran siri program kebajikan.

Program yang memfokuskan kepada pengagihan hidangan tradisi iaitu bubur lambuk dan bubur pedas tersebut berjaya dilaksanakan dalam dua fasa dengan pelibatan aktif seluruh ahli kelab.

AGIH…Salah seorang ahli kelab mengagihkan bubur kepada anggota unit MPV.

Dua fasa pengagihan bermula pada 1 Mac lalu dengan penyediaan dan pengagihan 500 bekas bubur lambuk.

Antara sasaran agihan termasuklah untuk petugas barisan hadapan di Balai Polis Samarahan dan unit MPV.

Selain itu, ia turut melibatkan Masjid Darul Ulum Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan dan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan, Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Samarahan serta Jabatan Pertahanan Awam (APM) termasuk orang ramai yang berkunjung di sekitar bazar Ramadan Taman Desa Ilmu.

Semalam merupakan fasa kedua program berkenaan dengan agihan 500 bekas bubur pedas.

Antara lokasi agihan meliputi kawasan Pusat Jantung Sarawak (Hospital Umum Sarawak), Masjid Al-Malik, Taman Unigarden, pengunjung di Stesen Petronas Unigarden dan pasar raya Farley.

Pengurus program, Mohd. Najib memberi kepercayaan kepada ahli sedia ada untuk mengetuai projek ini bagi memberi pendedahan luar daripada aktiviti permotoran biasa.

Katanya, Syazwan bertindak sebagai ketua bagi program bubur lambuk dan Hisyam mengetuai program bubur pedas.

Presiden Kelab Permotoran Debelo, Lisna, menzahirkan rasa bangga ke atas komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh semua ahli.

Semangat gotong-royong yang dipamerkan kesemua ahli merupakan tunjang kejayaan pelaksanaan program berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU