KUCHING: Atlet renang Sarawak Kelly Teo Yao, 18, mencipta rekod sebagai penyumbang emas ke-70 Sarawak pada Sukma XXI hari ini.
Kemenangan emas Kelly itu mencapai impian Sarawak yang menyasarkan memungut 70 pingat emas pada Sukma kali kali ini.
Setakat berita ini ditulis, Sarawak merangkul 72 emas, diikuti rapat Wilayah Persekutuan 69 emas.



