SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026.
Bintang Muay Thai yang terkenal dengan panggilan Mia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum memuktamadkan kemenangan tipis (34-33) ke atas wakil dari Johor, Damia Husna Azian pada aksi final membabitkan kategori (45kg) yang berlangsung cukup sengit dan mendebarkan semalam.
Mia gah mendominasi pusingan pertama apabila mendahului lawan dengan (10-4). Meneruskan penguasaan pada pusingan kedua dengan (24-12).
Pun begitu, saingan pusingan ketiga agak berbeza apabila lawannya bangkit melakukan asakan bertali arus yang hampir pasti memintas pungutan mata ketika ini.
Namun, ketenangan dalam berdepan situasi luar jangka itu memastikan Mia berjaya mengekal fokus dalam detik kritikal untuk mengatasi Damia.



