ARTIKEL

PENASIHAT Kanan Hubungan Kerajaan, Media dan Antarabangsa MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman. | Foto Bernama

Kelonggaran gaji minimum RM1,700 bantu PMKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong keputusan kerajaan melonggarkan syarat kenaikan gaji minimum RM1,700 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Penasihat Kanan Hubungan Kerajaan, Media dan Antarabangsa MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menyatakan langkah tersebut dapat membantu PMKS menangani kos operasi yang meningkat serta suasana perniagaan yang semakin mencabar.

Beliau turut memuji Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, kerana membangkitkan isu kesukaran PMKS dalam Jemaah Menteri bagi memastikan kelangsungan dan daya saing perusahaan tersebut terus terjamin demi mengekalkan peluang pekerjaan.

Menurut Syed Hussain, perincian lanjut mengenai semakan gaji minimum termasuk kadar baharu dan syarat pengecualian untuk PMKS masih menanti pengumuman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027, sambil menegaskan bahawa mekanisme seperti subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif (PWP) dilihat lebih sesuai untuk menambah baik pendapatan pekerja tanpa membebankan kos buruh majikan secara mendadak.

Beliau turut mengingatkan bahawa kenaikan kos buruh yang tidak seiring dengan produktiviti dan kemampuan perniagaan boleh menyebabkan PMKS mengurangkan pengambilan pekerja, mengecilkan operasi atau menutup perniagaan, sekali gus menegaskan kepentingan mengambil kira kelangsungan PMKS dalam penggubalan dasar gaji negara seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU