ARTIKEL

Keluarga Willis hadapi cabaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUSIM cuti kali ini membawa makna berbeza buat keluarga besar Willis ketika pelakon terkenal, Bruce Willis, berdepan frontotemporal dementia dan primary progressive aphasia.

Isterinya, Emma Heming, berkata mereka belajar menyesuaikan diri sambil mengekalkan tradisi keluarga yang sudah lama dibina.

“Kita perlu belajar, menyesuaikan diri dan mencipta memori baharu, tetapi tetap membawa tradisi lama,” katanya kepada media antarabangsa pada Persidangan End Well 2025 di Los Angeles.

Heming, 47, mengakui bahawa dementia itu sukar, namun menegaskan masih ada ruang untuk kegembiraan.

“Saya rasa penting untuk kita tidak melukis gambaran terlalu negatif mengenai dementia.

Kami masih ketawa. Masih ada kegembiraan.

Cuma rupanya berbeza,” jelasnya. Beliau tidak merinci rancangan keluarga untuk sambutan Thanksgiving, namun beliau sempat berkongsi persiapan menjelang Krismas.

“Bruce sangat suka Krismas, dan kami suka meraikannya bersama dia, perlu pasang filem Die Hard kerana itu filem Krismas,” katanya sambil bergurau mengenai filem ikonik suaminya.

Bercerita tentang rutin harian mereka, Heming, yang berkongsi dua anak perempuan, Mabel, 13, dan Evelyn, 11, bersama Bruce, 70, berkata kehidupan mereka sangat ringkas dan lebih tertumpu pada meluangkan masa bersamanya.

Anak tiri Heming, Rumer Willis, turut berkongsi pandangan sama dalam satu video di Instagram. Beliau meluahkan rasa sangat gembira dan bersyukur kerana masih dapat memeluk bapanya.

Walaupun Bruce kadangkala tidak mengenalinya, Rumer, 37, percaya beliau mengenali kasih sayang itu, sesuatu yang masih dapat dirasai setiap kali mereka bertemu.

Rumer juga berkata masih ada “percikan diri ayah” yang membuatkannya tersenyum dan beliau bersyukur dapat membawa anaknya yang berusia dua tahun, Louetta, melawat datuknya.

Bruce turut mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Demi Moore, 63, iaitu Rumer, Scout Willis, 34, dan Tallulah Willis, 31.

Keluarga Willis sebelum ini mengumumkan pada Mac 2022 bahawa Bruce menghidap aphasia dan bakal bersara daripada dunia lakonan.

Setahun kemudian, mereka mengesahkan pula diagnosis frontotemporal dementia.

Pada Ogos lalu, Heming memaklumkan bahawa beliau terpaksa membuat keputusan sukar untuk menempatkan suaminya di kediaman berasingan yang terletak berhampiran, memandangkan keadaan Bruce memerlukan penjagaan rapi dalam persekitaran yang senyap, selesa dan selamat.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.