ARTIKEL

Kelupis pandan yang diusahakan Mayziana Matzin semasa program BIZNETWORK Fiesta 2026 Sarawak anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diadakan di pusat beli-belah Plaza Merdeka.

Kelupis pandan, tahai berpotensi jadi ikon gastronomi utara Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelupis, makanan tradisional masyarakat Melayu Brunei dan Kadayan di utara Sarawak, kini tampil dengan sentuhan inovasi menerusi penggunaan daun pandan sebagai pembungkus tanpa mengubah resipi asal.

Pengusaha Buffet.Lab Food Services, Mayziana Matzin berkata penghasilan kelupis pandan bertujuan memperkenalkan warisan makanan masyarakat di Limbang dan Lawas kepada lebih ramai orang, khususnya di luar kawasan berkenaan.

Pengusaha Buffet.Lab Food Services Mayziana Matzin turut memperkenalkan tahai, satu lagi makanan tradisional yang sinonim dengan masyarakat di utara Sarawak.

Menurutnya, kelupis pandan dihasilkan menggunakan pulut Siam dan santan segar yang diperah sendiri bagi menghasilkan tekstur lebih lembut, berlemak serta aroma harum, sekali gus mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan termasuk di Kuching.

Selain kelupis pandan, Buffet.Lab Food Services turut menghasilkan sambal tahai, makanan tradisional berasaskan ikan salai yang diproses menggunakan kaedah tradisional bagi mengekalkan tekstur dan aroma asli.

Menurut Bernama, Mayziana yakin kelupis pandan dan tahai berpotensi menjadi ikon gastronomi utara Sarawak serta mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara sambil memelihara warisan kulinari tempatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU