ARTIKEL

Antara yang hadir semasa Majlis Malam Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1488H/2026M di Masjid Setia Raja, kelmarin.

Kemajuan ummah perlu seiring kekuatan iman, akhlak dan perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kemajuan sesebuah ummah bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, kemajuan teknologi atau kekuatan ekonomi, sebaliknya turut bergantung kepada kekuatan iman, akhlak mulia, perpaduan serta keharmonian masyarakat.

ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, ummah yang benar-benar maju dan makmur ialah mereka yang mempunyai iman kukuh, akhlak terpuji, bersatu padu, saling menghormati dan membantu, serta hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Antara yang hadir semasa Majlis Malam Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1488H/2026M di Masjid Setia Raja, kelmarin.

“Perkara ini selari dengan tema Maulidur Rasul tahun ini, ‘Ummah Maju Makmur’ yang membawa makna besar dalam usaha membentuk masyarakat yang seimbang dari segi pembangunan dan kerohanian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Malam Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1488H/2026M di Masjid Setia Raja, di sini, kelmarin.

Yakub menyampaikan hadiah kepada penerima dalam majlis tersebut.

Sehubungan itu, Yakub turut memberitahu, sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai satu acara dalam kalendar Islam, sebaliknya perlu menjadi ruang untuk menghidupkan kembali cinta kepada Rasulullah SAW.

Jelasnya, cinta kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan melalui pengamalan sunah serta akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Yakub menyampaikan hadiah kepada penerima dalam majlis tersebut.

Di samping itu, beliau menyeru masyarakat supaya bersama-sama membentuk sebuah ummah yang bukan sahaja maju dari sudut pembangunan, malah kukuh pegangan agama, tinggi akhlak dan teguh perpaduan.

Yakub turut menegaskan masyarakat untuk saling menghormati dan membantu dalam memastikan keharmonian yang dinikmati terus dipelihara.

Yakub menyampaikan hadiah kepada penerima dalam majlis tersebut.

Dalam majlis yang sama, Yakub turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Daerah Mukah kepada beberapa penerima bagi kategori Kepimpinan Dakwah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Cemerlang, Saudara Baru Cemerlang dan Belia Islam Harapan.

Antara penerimanya, Shafrie Saili, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, Ali Suhaili, Mohd Jali Kawi, Harusani Abdullah dan Mohd Helmi Zamil. Kesemua mereka menerima wang tunai RM500, plak serta hadiah iringan.

TERIMA KASIH…Yakub menerima cenderamata daripada pihak Pejabat Daerah Mukah selepas majlis tersebut.

Selain itu, turut disampaikan sumbangan kepada 30 pelajar asnaf dari sekolah tahfiz dan SK Agama (MIS).

Di samping itu, Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah turut diadakan dengan penyertaan dalam beberapa kategori.

Setiap johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, naib johan RM800, manakala tempat ketiga menerima RM600.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu