ARTIKEL

Kemalangan Jalan Raya Di Teluk Intan: Tiada Anggota Kelahiran Sarawak Terlibat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Sarawak menafikan dakwaan bahawa terdapat anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dari negeri ini yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan, awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, semakan mendapati tiada anggota kelahiran Sarawak yang terlibat dalam insiden menyayat hati itu.

“Maklumat yang diterima menunjukkan tiada anggota FRU dari Sarawak terbabit atau terkorban dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, salah seorang anggota yang disahkan maut ialah Koperal Nurit Pandak, 34, berasal dari Kampar, Perak dan bukan dari Sarawak seperti yang didakwa.

Sebelum itu, sembilan anggota FRU dari Unit 5 maut dalam nahas ngeri ketika dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas kawalan keselamatan sempena sambutan Hari Wesak di Teluk Intan.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, Konstabel Akmal Wafi Annuar dan Konstabel Mohd Hilmi Mohd Azlan.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila trak dinaiki kesemua mangsa bertembung dengan sebuah lori muatan batu kerikil di simpang tiga Jalan Chikus–Sungai Lampam.

Jenazah semua anggota akan diberikan istiadat penghormatan terakhir di Markas FRU Unit 5, Sungai Senam sebelum dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing selepas proses bedah siasat selesai.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan