ARTIKEL

Kemalangan: Lelaki Meninggal Dunia Selepas Hampir Sehari Bertarung Nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hampir sehari bertarung nyawa akibat kecederaan parah yang dialami dalam kemalangan di KM5 Jalan Datuk Mohd Musa, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Barry William berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Rabu selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala serta beberapa kecederaan dalaman lain.

“Menurut siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam pada Rabu lalu ketika mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki FU150 dari arah Kuching menuju ke Kota Samarahan.

“Ketika melalui lokasi kejadian yang merupakan jalan lurus dua lorong sehala, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahagian kanan jalan yang menjalani kerja-kerja pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Barry berkata impak kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak dan seterusnya dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa dilaporkan semakin kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.01 petang keesokan harinya.

“Hasil pemeriksaan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada pelbagai anggota badan termasuk kecederaan otak traumatik yang serius, patah beberapa tulang rusuk serta bahagian paru-paru,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kemalangan tersebut tidak melibatkan kenderaan lain dan dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikal yang ditunggang.

“Susulan kejadian itu, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi serta mengesan saksi bebas bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HUS untuk proses bedah siasat, manakala motosikal yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bagi tujuan pemeriksaan teknikal.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi had laju serta meningkatkan tahap kewaspadaan ketika melalui kawasan pembinaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Edn

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU