ARTIKEL

Kemasukan pelajar seperti biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Unimas belum mempunyai keputusan penangguhan tarikh kemasukan pelajar program prasiswazah baharu dan sedia ada untuk semester satu sesi 2020/2021 yang dijadual bermula 5 Oktober depan.

Menurut kenyataan medianya, Unimas memaklumkan, maklumat itu merujuk kepada laporan berita dan media sosial mengenai penangguhan kemasukan pelajar universiti awam di Kedah dan Sarawak berikutan pandemik Covid-19.

Sesi kemasukan pelajar tahun pertama program prasiswazah masih diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 8 Oktober depan.

Manakala, tarikh kemasukan pelajar baharu prauniversiti kekal pada 1 hingga 5 September depan.

Bagi pelajar siswazah (secara kerja kursus) pula pada 7 hingga 9 Oktober depan.

Pelajar semasa pula akan memulakan sesi kuliah pada 12 Oktober menggunakan sistem pembelajaran dalam talian sepenuhnya.

Unimas turut memaklumkan universiti itu sentiasa mengambil berat kebajikan pelajar dan akan terus memantau perkembangan situasi terkini.

Kementerian Pengajian Tinggi turut memaklumkan bahawa pendaftaran pelajar hanya akan ditunda sekiranya berlaku peningkatan kes penularan wabak Covid-19.

Sebarang keputusan lanjut akan diumum kemudian tertakluk kepada perubahan atau arahan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas