ARTIKEL

Kematian Akibat Campak Global Menurun 88 Peratus Sejak 2000, Tetapi Kes Meningkat – WHO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Kematian akibat campak di seluruh dunia menurun 88 peratus sejak 2000, namun jangkitan menunjukkan trend meningkat, dengan tiga kali lebih banyak wabak pada 2024 berbanding 2019, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.


“Usaha imunisasi global membawa kepada penurunan 88 peratus dalam kematian akibat campak antara 2000 dan 2024 … Hampir 59 juta nyawa diselamatkan oleh vaksin campak sejak 2000,” menurut kenyataan itu.


Pada masa sama, kira-kira 95,000 orang meninggal dunia akibat campak pada 2024, kebanyakannya kanak-kanak berumur bawah lima tahun.


“Walaupun angka ini antara yang terendah dicatatkan sejak 2000, setiap kematian akibat penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin yang sangat berkesan dan murah adalah tidak boleh diterima,” menurut WHO.


Walaupun kematian menurun, kes campak meningkat dengan mendadak di seluruh dunia. Anggaran WHO menunjukkan 11 juta jangkitan pada 2024, hampir 800,000 lebih banyak daripada tahap sebelum pandemik pada 2019. Terdapat hampir tiga kali ganda wabak besar berbanding 2021 di 59 negara – jumlah tertinggi sejak pandemik COVID-19.


Pada 2024, kes campak meningkat 86 peratus di rantau Mediterranean Timur, 47 peratus di Eropah, dan 42 peratus di Asia Tenggara berbanding 2019. Afrika, bagaimanapun, mencatat penurunan 40 peratus dalam kes dan 50 peratus dalam kematian, hasil kadar vaksinasi yang lebih baik.


Individu yang dijangkiti masih berdepan risiko serius jangka panjang seperti buta, radang paru-paru dan ensefalitis, yang menyebabkan pembengkakan otak dan potensi kerosakan otak, menurut WHO.


Liputan vaksinasi bagaimanapun masih tidak mencukupi untuk melindungi semua komuniti.


WHO dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan 84 peratus kanak-kanak menerima dos pertama vaksin campak pada 2024, manakala hanya 76 peratus mendapat dos kedua.


Pengurangan dana yang besar untuk program campak dan rubella boleh melebarkan jurang imuniti dan mencetuskan wabak baharu pada 2026, WHO memberi amaran.


— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

TAG:WHO, campak, kematian, penurunan

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan