ARTIKEL

GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Kembalikan era kegemilangan bola sepak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serembu, Miro Simoh menggesa agar pembangunan sukan bola sepak Sarawak dapat dipertingkatkan sehingga mampu capai seperti era kegemilangan ‘Ngap Sayot’ suatu ketika dahulu.

Katanya, sukan nombor satu dunia itu perlu dititik berat memandangkan ia merupakan salah satu wadah penting untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Apa sudah jadi dengan sukan bola sepak Sarawak? Jika kita mengimbau kembali detik-detik kegemilangan bola sepak Sarawak era Ngap Sayot, kita dapat melihat setiap ruang stadium dipenuhi oleh penyokong Sarawak.

“Semangat dan keunggulan pasukan Sarawak pada era tersebut menyatukan penyokong dari pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira Iban, Melayu, Cina, Bidayuh dan Orang Ulu, datang memenuhi stadium,” katanya.

Untuk itu, beliau memohon agar peruntukan geran tahunan sebanyak RM100,000 daripada kementerian dapat ditingkatkan pada tahun hadapan.

Katanya, ini disebabkan kos penganjuran dan peralatan meningkat saban tahun. Untuk rekod katanya, tahun ini saja pihaknya membelanjakan RM250,000 untuk menjayakan festival.

Sementara itu, beliau memuji Kementerian Belia dan Sukan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah atas kejayaan Sarawak sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi