ARTIKEL

Kembalikan GST elak pembaziran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi mengelakkan pembaziran di samping mengkaji pelaksanaan cukai keuntungan harta tanah (RPGT) dan cukai keuntungan modal (CGT) yang akan dilaksanakan tahun hadapan memandangkan pertindihan cukai akan berlaku.

Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan melaksanakan sistem e-invois bagi meningkatkan sumbangan hasil cukai negara. Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.

“Kembalikan GST. Mengapa kita hendak membelanjakan lebih untuk e-invois sedangkan e-invois ini merupakan komponen dalam GST, dan menerusi GST segalanya adalah lebih jelas dan telus,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat.

Wee yang juga Presiden MCA berkata cukai RPGT dan CGT adalah bertindih sekali gus meminta penjelasan terperinci mengenainya.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat.

Menerusi Belanjawan 2024, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus ketimbang 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Anwar berkata kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu