ARTIKEL

Kredit: Bernama

Kemboja hantar delegasi 30 anggota ke Sukan Pantai Asia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH: Kemboja pada Selasa menghantar delegasi seramai 30 anggota untuk bertanding pada Sukan Pantai Asia 2026 di Sanya, wilayah Hainan di selatan China, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai kanan sukan.

Vath Chamroeun, setiausaha agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), berkata delegasi itu merangkumi atlet, jurulatih dan pegawai yang menyertai acara serantau berkenaan.

Atlet Kemboja akan bertanding dalam empat sukan iaitu gusti, jiu-jitsu, triatlon dan bola sepak meja.

“Kami berharap atlet kami akan memberikan yang terbaik dalam pertandingan bagi meraih pingat dan mengharumkan nama negara,” kata Vath sebelum berlepas bersama pasukan itu.

Sukan berkenaan, yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 30 April, akan menampilkan 14 sukan, 15 disiplin dan 62 acara, bertujuan menggalakkan pelancongan serta pertukaran antarabangsa.

Ini merupakan kali kedua China menjadi tuan rumah Sukan Pantai Asia selepas edisi 2012 di Haiyang, wilayah Shandong. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU