ARTIKEL

UCAPAN… Azizul Annuar Adenan.

Kemelut SBA berjaya diselesaikan – Azizul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Azizul Annuar Pehin Sri Adenan memuji Jawatankuasa Ad Hoc Persatuan Badminton Negeri Sarawak (SBA) apabila berjaya dengan pantas menyelesaikan kemelut yang melanda badan induk berkenaan.

Menurut Azizul, jawatankuasa berkenaan berjaya menyelesaikan isu berkaitan kurang dari tiga bulan ditubuhkan.

“Kebiasaan jawatankuasa Ad Hoc yang dibentuk sebelum ini mengambil tempoh yang agak panjang iaitu antara 6 hingga setahun untuk menyelesaikan sesuatu kemelut yang timbul,” ujar Azizul ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Pelepasan Penggantungan Pendaftaran SBA di Dewan Badminton SBA sebentar tadi.

Justeru, Azizul menzahir ucapan tahniah kepada barisan jawatankuasa terbabit terhadap penyelesaian perkara itu.

Beliau berharap SBA dengan kepimpinan yang baharu dipilih dapat mengorak langkah sekali gus menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan bulu tangkis pada masa akan datang.

“Pada 3 Januari lepas, pendaftaran SBA telah digantung berdasarkan Seksyen 20(1A)(a) Akta 576 kerana tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

Ini kerana SBA tidak pernah meminda perlembagaan dan tidak teratur,” tambah beliau.

Bagaimanapun, SBA telah mengemukakan rayuan atas penggantungan SBA kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melalui surat bertarikh 25 Januari.

Jelas Azizul, satu kelegaan bagi badan induk berkenaan apabila penggantungan pendaftaran SBA telah secara rasminya dilepas oleh Menteri Belia dan Sukan melalui surat bertarikh 30 Jun lalu.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU