ARTIKEL

JAWAB SOALAN… Gobind menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Festival Animasi dan Permainan Borneo 2026 (BAGFest 2026) di Hotel Pullman.

Kementerian Digital teliti bantuan untuk industri animasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HASNA’ QURRATU AIN
(Pelatih UNIMAS)

KUCHING: Kementerian Digital Malaysia sedang meneliti bantuan kewangan dan insentif bagi membantu syarikat pemula khususnya dalam industri animasi dan permainan untuk terus berkembang.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Persekutuan, kementerian berkaitan dan kerajaan negeri.

Menurutnya, sokongan dalam bentuk peruntukan amat penting bagi memastikan industri animasi dan permainan dapat berkembang sebagai sektor yang kukuh serta berdaya saing.

Sehubungan itu, Gobind berharap perkara berkenaan dapat diberi pertimbangan dalam pembentangan belanjawan akan datang.

Pada masa sama katanya, beberapa inisiatif sedia ada di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) turut menyokong perkembangan industri berkenaan.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab serantau dan antarabangsa bagi industri kreatif digital serta pembangunan permainan video.

“Potensi itu didorong keunikan budaya, kekayaan warisan penceritaan serta ekosistem digital Sarawak yang semakin berkembang.

“Landskap dan daya tarikan semula jadi Sarawak turut mencetuskan inspirasi kepada pereka kandungan, manakala bakat tempatan kini aktif dalam animasi, filem, muzik, permainan dan kandungan digital,” katanya.

Gobind berkata Kerajaan Persekutuan komited memastikan lebih banyak idea tempatan dibangunkan, selain harta intelek (IP) dicipta dan dimiliki di Sarawak bagi membolehkan lebih banyak syarikat tempatan berkembang serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Katanya, komitmen dan visi jelas Kerajaan Sarawak membolehkan kerjasama rapat terus terjalin antara peringkat Persekutuan dan negeri untuk menghubungkan bakat tempatan ke pasaran antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan perkembangan sektor kreatif digital negara kini menjana hasil melebihi RM92.5 bilion dengan nilai eksport mencapai RM12.1 bilion selain menarik pelaburan sebanyak RM85.7 bilion.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi