ARTIKEL

BERCAKAP… Aaron bercakap kepada pemberita ketika ditemui semasa rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 Sarawak di BCCK, hari ini.

Kemeriahan rumah terbuka TBC, lambang rakyat saling menghormati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehadiran tetamu pelbagai bangsa dan agama pada rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) Sarawak menunjukkan sikap saling hormat-menghormati yang utuh dalam kalangan rakyat negeri ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, meskipun negeri ini mempunyai kepelbagaian kaum tetapi semangat tersebut bukan sahaja dapat dilihat semasa TBC, tetapi juga perayaan lain seperti Hari Raya, Hari Gawai dan lain-lain.

“Justeru, kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana dapat menganjurkan majlis sebegini,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka TBC Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambahnya, sekiranya program seumpama itu dibawa ke kawasan luar bandar sudah pasti ia akan dianjurkan dalam skala kecil.

“Pada masa sama, dengan kemeriahan sambutan kali ini saya berharap ia juga turut dirasai semasa sambutan perayaan yang lain,” jelasnya.

Sementara, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, memaklumkan kemeriahan rumah terbuka tersebut juga permulaan yang baik untuk Sarawak ke arah masa hadapan cemerlang.

“Kita melihat pelbagai kaum merayakan semua perayaan dengan meriah. Justeru, kita ingin terus menjadi contoh perpaduan dengan menunjukkan bahawa kita boleh berkongsi apa sahaja perayaan yang ada bersama-sama,” jelasnya.

Stephen Rundi ketika ditemui pemberita.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU