ARTIKEL

Kempen Bersemuka Masih Relevan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Individu yang sudah turun berkempen, aktif di media sosial atau memakai pakaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum boleh dianggap sebagai calon rasmi selagi belum menerima watikah daripada parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sesiapa sahaja boleh turun padang dan mendekati kawasan yang ingin ditandingi dengan harapan dipilih sebagai calon.

“Kalau mereka berharap bertanding di bawah GPS tetapi tidak dicalonkan, mereka perlu menyokong siapa sahaja yang dipilih GPS di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media khas berkenaan PRU Sarawak Ke-13 di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kemunculan individu tertentu secara aktif di lapangan atau media sosial menjelang pilihan raya merupakan fenomena biasa apabila semakin ramai bakal calon cuba memperkenalkan diri kepada pengundi.

Namun, masyarakat juga boleh menilai sendiri mengapa sesetengah individu hanya mula aktif mendekati rakyat apabila pilihan raya semakin hampir.

“Kadang-kadang agak pelik, mengapa hanya turun padang sebelum pilihan raya? Mengapa hanya muncul di media sosial sebelum pilihan raya?

“Tetapi perkara seperti ini memang sebahagian daripada suasana menghadapi pilihan raya dan kita akan sentiasa melihat keadaan seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui media sosial akan menjadi antara medium penting kempen pada PRU Sarawak Ke-13 kerana cara parti dan calon berkomunikasi dengan pengundi sudah berubah.

“PBB seperti parti politik lain turut mempunyai saluran media sendiri, sama ada menerusi platform rasmi mahupun penyokong di alam maya, namun rakyat perlu membuat penilaian sendiri terhadap setiap kandungan yang dipaparkan.

“Namun, kempen tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada platform digital kerana pengundi juga mahu menilai sendiri keperibadian seseorang apabila mereka turun bertemu rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, kaedah kempen tradisional menerusi pertemuan bersemuka masih relevan kerana ia memberi ruang kepada pengundi membuat penilaian lebih menyeluruh terhadap seseorang bakal wakil rakyat.

BERITA LAIN

AKPS perkukuh kawalan sempadan di Pelabuhan Bintulu

BINTULU: Kawalan keselamatan di Pelabuhan Bintulu terus diperkukuh bagi mengekang kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, selaras peranan strategiknya sebagai pintu masuk perdagangan antarabangsa. Usaha

BERITA TERBARU

AKPS perkukuh kawalan sempadan di Pelabuhan Bintulu

BINTULU: Kawalan keselamatan di Pelabuhan Bintulu terus diperkukuh bagi mengekang kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, selaras peranan strategiknya sebagai pintu masuk perdagangan antarabangsa. Usaha