ARTIKEL

Datuk Johnny Ting Su King (lima dari kiri) bersama yang lain pada program tersebut. FOTO: FAIZAL BUJANG

Kempen pembelian minyak masak terpakai Sri Aman dapat sambutan luar jangkaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Kempen Pembelian Minyak Masak Terpakai dan Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) anjuran Timuran Kembangan Sdn. Bhd. di Tebingan Sungai Sri Aman (Waterfront Sri Aman), semalam, mendapat sambutan di luar jangkaan.

Ratusan penduduk daripada pelbagai kaum membanjiri kawasan tersebut dengan membawa minyak masak terpakai serta barangan elektrik dan elektronik masing-masing.

Salah seorang pekerja syarikat berkenaan melakukan proses mengasingkan minyak masak terpakai. FOTO: FAIZAL BUJANG

Pengarah Urusan Timuran Kembangan Sdn. Bhd., Datuk Johnny Ting Su King, mengakui teruja dengan sambutan yang diberikan masyarakat setempat terhadap program berkenaan.

“Kita tidak menjangka sambutan begitu hebat terhadap program ini.

“Sokongan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan,” ujar Datuk Johnny kepada Suara Sarawak.

Setiap minyak masak terpakai serta barangan elektrik dan elektronik yang dihantar ditukar dengan wang tunai mengikut berat bagi setiap kilogram dan jenis barangan berkenaan.

Menurut Datuk Johnny, ini merupakan kali pertama kempen seumpama itu diadakan di Bahagian Sri Aman dan akan diteruskan pada masa akan datang, termasuk di kawasan lain.

Beliau berkata, pelaksanaan kempen seumpama itu amat penting kerana secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab.

Selain itu, kempen tersebut turut meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar secara mampan.

“Kempen ini diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk memacu perubahan positif terhadap alam sekitar agar lebih baik dan dinamik,” katanya.

Terdahulu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.
“Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada MDSA kerana mengambil bahagian dalam program ini.

“Ia secara tidak langsung dapat menyokong matlamat pembangunan mampan sekali gus memenuhi tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU