ARTIKEL

Dr Kelvin Yii (kiri) menyantuni seorang penduduk pada program Jualan Agro MADANI di Hai Haw Cafe di sini, hari ini.

Kenaikan gaji penjawat awam langkah tepat kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Inisiatif kerajaan menaikkan gaji penjawat awam yang menjadi pelarasan pertama dalam tempoh 12 tahun merupakan langkah tepat.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, ia adalah hasil dan pengiktirafan kepada peranan penting dimainkan oleh penjawat awam dalam melaksanakan dasar kerajaan selama ini.

“Ia tepat pada masanya, selepas 12 tahun saya fikir ia adalah usaha penting untuk dilaksanakan.

“Seperti kita sedia maklum, terdapat kesan daripadanya. Salah satu ialah kita mahu memastikan kecekapan akan menjadi lebih baik, termasuk dari segi peningkatan produktiviti.

“Pada masa sama, kita juga perlu menghargai mereka, laksanakan pemantauan yang baik agar mereka melakukan apa yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jualan Agro MADANI di Hai Haw Cafe, di sini hari ini.

Beliau turut percaya inisiatif tersebut akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

“Dengan lebih banyak pendapatan boleh guna, penjawat awam akan menyumbang kepada peredaran wang dalam ekonomi tempatan, dan rangsangan daripada perbelanjaan ini akan memberi manfaat kepada perniagaan.

“Diharapkan akan ada rangsangan daripada ekonomi bulat ini selaras dengan pengumuman inisiatif tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Kelvin Yii berharap inisiatif sedemikian dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Tegasnya, perkara itu antara yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dengan memberi jaminan tentang sistem pengukuran dan pemantauan agar tindakan diambil bagi mereka yang menyalahgunakan kuasa atau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai program Jualan Agro MADANI, Dr Kelvin menegaskan ia antara usaha pihaknya secara berterusan, khususnya di bandar raya Kuching amnya dan Stampin khususnya, untuk membantu penduduk yang terkesan akibat kos sara hidup tinggi.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat