ARTIKEL

Naib Pengerusi Pusat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kelvin Hii.

Kenaikan permit pekerja asing timbul kebimbangan industri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agenda Transformasi Pekerja Asing (FWTA) yang sedang dalam proses peralihan memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Sarawak dan sektor perniagaan bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan industri secara berlebihan.

Naib Pengerusi Pusat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kelvin Hii berkata cadangan Kerajaan Sarawak menaikkan bayaran pembaharuan permit pekerja asing daripada RM904 kepada RM1,484 bermula 1 Jun 2026 dan seterusnya kepada RM1,854 pada 2027 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti perniagaan.

Beliau berkata langkah itu berpotensi meningkatkan beban kos kepada peniaga dan pengilang selain memberi kesan terhadap tenaga kerja dalam beberapa sektor industri.

“Komuniti perniagaan berharap kerajaan dapat memberikan ruang dan masa yang mencukupi kepada pihak industri untuk menyesuaikan diri dalam tempoh peralihan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelvin berkata beliau bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Sarawak, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) yang mencadangkan agar keseimbangan dicapai dalam pelaksanaan transformasi berkenaan.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak serta Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala kerana bersikap terbuka dalam membincangkan isu tersebut.

Beliau berkata, penjelasan bahawa kenaikan bayaran itu bukan bertujuan mengaut keuntungan kerajaan sebaliknya bagi menaik taraf sistem dan melaksanakan proses transformasi menunjukkan komitmen kerajaan dalam menangani isu berkaitan pekerja asing.

“Namun, dalam keadaan tekanan inflasi semasa, kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian yang seimbang bagi mengurangkan impak terhadap industri,” katanya lagi.

Kelvin berkata Sarawak ketika ini masih berada dalam fasa pembangunan pesat dan berdepan kekurangan tenaga kerja dalam banyak sektor terutama pekerjaan berintensifkan buruh yang masih bergantung kepada pekerja asing.

Beliau berkata ramai pekerja tempatan mungkin tidak bersedia menerima jenis pekerjaan atau syarat pekerjaan tertentu sehingga menyebabkan komuniti perniagaan terpaksa menggunakan tenaga kerja asing bagi memenuhi keperluan operasi.

“Sehingga kini, Sarawak masih memerlukan pekerja asing untuk mengekalkan produktiviti dan menyokong pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap Kerajaan Sarawak dapat mengkaji langkah meningkatkan kualiti dan daya saing pekerja tempatan supaya keseimbangan lebih baik antara pekerja asing dan pekerja tempatan dapat dicapai pada masa hadapan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU