ARTIKEL

Kenderaan jenis Perodua Aruz yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk setelah merempuh belakang sebuah lori dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Airport di sini.semalam.

Kenderaan dipandu langgar belakang lori, bapa maut, anak parah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun maut setelah kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Airport di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu kenderaan jenis Perodua Aruz yang dipandu mangsa, dan juga sebuah lori.

“Hasil siasatan mendedahkan bahawa kenderaan yang dipandu mangsa datang dari arah pusat bandar dan apabila tiba di tempat kejadian, ia telah melanggar sebuah lori yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu Perodua Aruz itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri, manakala penumpang yang merupakan anak kepada mangsa berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sementara itu, pemandu lori yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kesan pelanggaran itu juga telah menyebabkan kenderaan dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan, manakala lori mengalami kerosakan pada bahagian belakang sebelah kiri.

Baca lain  Jalan runtuh sukarkan penduduk Kampung Ukong

Berdasarkan laporan yang telah dibuat, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU