ARTIKEL

Kenderaan kerajaan dilarang potong barisan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesemua kenderaan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dilarang memotong barisan semasa menggunakan laluan feri, berkuat kuasa serta-merta.
Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Fleet Jan Mohammed Zain Brahim memberitahu, ketetapan berikut dipanjangkan dalam kertas minit bertarikh 21 Januari.
“Pihak jabatan membuat ketetapan bahawa semua kenderaan rasmi JKR Sarawak dilarang memotong barisan semasa menunggu giliran untuk memasuki feri.
“Mana-mana pemandu kenderaan rasmi kerajaan yang gagal mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib,” katanya dalam kertas minit yang tular di media sosial, semalam.
Jelasnya, pemandu serta pegawai yang berada di dalam kenderaan tersebut akan diberikan surat tunjuk sebab sekiranya jabatan mendapati ada aduan daripada orang ramai atau media sosial tentang salah laku tersebut.
Beliau mengharapkan kerjasama semua pihak agar perkara ini dipatuhi.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi