ARTIKEL

Kenderaan mewah berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Kenderaan Mercedes Benz musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan Mercedes Benz dilaporkan berlaku di Lorong Wawasan 20B di sini, bersebelahan dengan bangunan kedai, pada awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.02 pagi.

Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.

Api sedang marak memusnahkan kenderaan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati kenderaan tersebut telah terbakar sepenuhnya, dengan kebakaran merebak dengan cepat dan melibatkan 100 peratus kerosakan pada kenderaan tersebut.

“Satu salur bantu mula digunakan untuk memadamkan api yang marak, dan dalam tempoh kira-kira 40 minit, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini, dan pemilik kenderaan juga didapati tidak ada di lokasi kejadian.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api, operasi ditamatkan pada jam 1.42 pagi,” jelasnya.

Selain anggota bomba, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi memastikan keselamatan di sekitar kawasan kejadian.

Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU