ARTIKEL

Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian.

Kenderaan perdagangan langgar undang-undang, 11,511 saman LPKP, 8,803 saman polis dikeluarkan pada 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebihan muatan, ketidakpatuhan terhadap permit, dan pelanggaran aspek keselamatan terus menjadi antara kesalahan utama yang dikesan dalam kesalahan trafik.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata, kesalahan seperti ini bukan sahaja menjejaskan standard keselamatan jalan raya, tetapi juga membahayakan pengguna lain.

“Pada tahun 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan tegas bagi memastikan pematuhan dalam industri kenderaan perdagangan dengan mengeluarkan sebanyak 11,511 saman, manakala pihak polis pula mengeluarkan 8,803 saman.

“Angka yang tinggi ini mencerminkan cabaran berterusan dalam memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dalam sektor ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Michael seterusnya menjelaskan bahawa pihaknya akan memperhalusi dasar sedia ada bagi memastikan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dikenakan terhadap syarikat yang gagal mematuhi peraturan.

Beliau turut menyeru kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan.

“Bantuan daripada orang awam memainkan peranan penting dalam usaha penguatkuasaan yang membolehkan JPJ Sarawak mengambil tindakan pantas, serta memastikan LPKP Sarawak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan efektif.

“Bersama-sama kita memastikan jalan raya yang lebih selamat dan teratur untuk semua pengguna,” jelasnya.

Orang ramai boleh menghubungi talian LPKP Sarawak melalui aplikasi WhatsApp di 011-24252754 atau melalui e-mel JPJ di aduantrafik.sarawak@jpj.gov.my untuk memberi maklumat berkaitan kesalahan trafik.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi