ARTIKEL

Kennedy Chukpai Ugon..

Kennedy Chukpai Ugon Hargai Sokongan Penduduk Murum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penyandang ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di kawasan itu atas kepercayaan, sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata segala pencapaian pembangunan yang direalisasikan sepanjang penggal perkhidmatannya adalah hasil usaha bersama kerajaan, agensi berkaitan, pemimpin masyarakat serta penduduk di rumah panjang dan kampung di seluruh kawasan N.66 Murum.

Menurutnya, sokongan dan kerjasama semua pihak menjadi asas penting dalam menjayakan pelbagai usaha pembangunan, selain memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus diberikan perhatian.

“Saya amat menghargai segala jasa, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang saya menjalankan amanah sebagai ADUN Murum.

“Segala pencapaian yang kita kecapi adalah hasil usaha bersama,” katanya dalam kenyataan penghargaan kepada rakyat di kawasan Murum, hari ini.

Chukpai turut memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan sepanjang tempoh beliau memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata meskipun penggal perkhidmatannya berakhir, ia tidak akan mengubah komitmennya untuk terus menjalin hubungan dengan masyarakat di Murum.

Katanya, persahabatan, kepercayaan dan perpaduan yang terjalin bersama-sama rakyat akan terus dihargai sebagai asas dalam mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Beliau turut berharap agar Tuhan sentiasa memberkati, melindungi dan memimpin seluruh rakyat Murum dalam menghadapi masa hadapan.

BERITA LAIN

SKS 2026 Sri Aman Sasar 100,000 Pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat sehingga 1 November depan menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung

BERITA TERBARU

SKS 2026 Sri Aman Sasar 100,000 Pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat sehingga 1 November depan menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung