ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah memotong reben simbolik majlis pecah tanah sambil diiringi tetamu yang lain.

Kilang Konkrit Tanjung Manis Pacu Ekonomi, Buka Peluang Pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Pembangunan industri pembuatan di Tanjung Manis dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi jangka panjang, khususnya melalui penciptaan peluang pekerjaan, pengembangan perniagaan tempatan serta pengukuhan rantaian bekalan industri sokongan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembinaan kilang cerucuk dan tiang konkrit oleh PMW Winabumi (Sarawak) Sdn Bhd bernilai lebih RM50 juta membuktikan keyakinan pelabur dengan prospek pembangunan industri di negeri ini.

“Kemudahan perkilangan seluas 29 ekar di tebing Sungai Rajang ini mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 10,683 tan sebulan bagi memenuhi permintaan sektor pembinaan, pembangunan infrastruktur dan penyediaan kemudahan utiliti.

“Secara tidak langsung, ia bakal membuka ruang kepada komuniti perniagaan tempatan untuk mengembangkan kegiatan ekonomi melalui penyediaan perkhidmatan logistik, pengangkutan serta pelbagai keperluan operasi industri,” katanya ketika menyempurnakan majlis pecah tanah kilang itu, hari ini.

Katanya, peluang yang terhasil daripada pelaburan itu tidak seharusnya terhad kepada pekerjaan di kilang, sebaliknya perlu diperluas kepada penyertaan pengusaha tempatan dalam rantaian perkhidmatan dan pembekalan.

Beliau memaklumkan operasi awal kilang itu dijadualkan bermula pada suku keempat 2027, manakala pengeluaran pada kapasiti penuh disasarkan dicapai pada awal 2028.

Katanya, syarikat turut merancang mendapatkan lebih 50 peratus bahan mentah daripada pembekal tempatan, sekali gus memberi peluang kepada perusahaan setempat meningkatkan perniagaan dan memenuhi keperluan industri pembuatan.

“Bagi saya, pelaburan ini perlu dimanfaatkan untuk membangunkan tenaga kerja tempatan melalui pendedahan kepada teknologi baharu, latihan serta perkongsian kepakaran, supaya masyarakat bukan sahaja memperoleh peluang pekerjaan, malah dapat meningkatkan kemahiran dan menikmati manfaat ekonomi secara berterusan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kerjasama semua kaum tunjang kemajuan Sarawak

TANJUNG MANIS: Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kestabilan politik mesti dipertahankan bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan secara berterusan, khususnya ketika negeri itu bersiap

BERITA TERBARU

Kerjasama semua kaum tunjang kemajuan Sarawak

TANJUNG MANIS: Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kestabilan politik mesti dipertahankan bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan secara berterusan, khususnya ketika negeri itu bersiap