ARTIKEL

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah | BERNAMA

Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar – Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Pandelela telah banyak menyumbang jasa dalam sukan terjun sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Untuk Pandelela sampai ke tahap itu bukan mudah, mereka perlu mental yang kuat dengan latihan hampir setiap hari.

Kalau nak kata dia (Pandelela) hanya mahu makan gaji, rasanya dia boleh dapat lebih banyak sebab berdasarkan pengalaman yang dia ada, dia boleh menjadi jurulatih malah lebih daripada itu.

Tidak perlulah pegawai-pegawai ini memperkecilkan atlet sebegini,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Pandelela sebelum ini dilapor mendakwa ada “entiti” yang mengganggu  kem terjun Malaysia sekali gus menjadi punca terhadap prestasi hambar mereka di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini.

Dalam kenyataan balasnya, Andy dilaporkan berkata penerjun negara itu hanya memberi alasan bagi menutup kegagalan di Doha kerana pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi atlet sebelum kejohanan berlangsung. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU