ARTIKEL

Muhammad Firdaus bersama Hakim Danish Ramli. Foto FB Hakim Danish

Kepakaran anak Malaysia gegar litar dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kepakaran anak tempatan semakin mendapat pengiktirafan global dalam arena permotoran antarabangsa menerusi penglibatan mekanik, pengeluar komponen dan pelumba Malaysia.

Muhammad Firdaus Mukhazir, 28, yang menganggotai pasukan MT Helmets MSI membuktikan keupayaan tenaga mahir tempatan apabila menjadi mekanik kepada Ryusei Yamanaka yang meraih podium pertama Moto3 pada 2025. Berbekalkan latihan TVET, beliau kini menyasarkan jawatan mekanik utama yang banyak didominasi tenaga mahir Eropah.

Menurut Bernama, inovasi tempatan turut menyerlah menerusi Kumpulan MKA yang berpangkalan di Puchong, Selangor dengan hampir 800 kakitangan di seluruh dunia. Jenama Racing Boy (RCB) miliknya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai pembekal pertama Malaysia menghasilkan Nagamaki Handle Grip untuk MotoGP, selain membekalkan pelbagai komponen kepada sembilan pasukan MotoGP serta lapan pasukan Moto2 dan Moto3.

Sementara itu, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi, Hakim Danish Ramli, 19, turut mengharumkan nama negara apabila menamatkan kemarau kemenangan Malaysia selama sedekad dalam Moto3 di Brno, Republik Czech selepas bangkit daripada penalti 12 petak. Kejayaan itu hadir selepas beliau mengorbankan masa bersama keluarga dan hanya pulang ke tanah air dua atau tiga kali setahun bagi menjalani latihan serta persaingan antarabangsa.

Gabungan kepakaran Muhammad Firdaus, inovasi RCB dan prestasi Hakim Danish membuktikan kemampuan anak Malaysia bersaing di pentas permotoran dunia. Kejayaan mereka turut meneruskan semangat kemerdekaan melalui kecemerlangan dalam bidang kepakaran, teknologi dan sukan antarabangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU