ARTIKEL

Dr Hazami Jahari merakam gambar kenangan bersama-sama dengan para peserta program di Unimas, Kota Samarahan.

Kepentingan strategi bahasa profesional dalam kerjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sesi perkongsian ilmu bertajuk “Strategi Bahasa Profesional dalam Kerja” mendapat sambutan hangat apabila menarik penyertaan ratusan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Program anjuran Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi itu menampilkan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari sebagai penceramah.

Penganjuran program tersebut bertujuan memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam konteks profesional, selaras dengan keperluan dunia kerjaya masa kini.

Dr Hazami Jahari ketika sesi perkongsian ilmu bertajuk “Strategi Bahasa Profesional dalam Kerja” pada program anjuran Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Hazami berkata, penguasaan bahasa yang baik bukan sahaja mencerminkan kecekapan komunikasi, malah menjadi nilai tambah penting dalam kerjaya seseorang.

“Penggunaan bahasa yang jelas, tepat dan beretika mampu meningkatkan kredibiliti individu serta organisasi,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan panduan bagi mempersiapkan pelajar menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar berbanding persekitaran pembelajaran.

Sesi interaktif bersama-sama pelajar menyaksikan pelbagai soalan dikemukakan, termasuk berkaitan cabaran penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian serta kepentingan penguasaan dwibahasa atau multilingual dalam kerjaya global.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa penguasaan bahasa asing merupakan satu keperluan, namun mempelajari, menguasai dan mencintai bahasa kebangsaan tetap menjadi suatu kewajipan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU