ARTIKEL

BAWA KEMAJUAN… Abang Johari berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu China 2024 anjuran PDP di Bintulu. | Foto: UKAS

Kepesatan Bintulu tuntut pelaburan besar dalam ART

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerajaan Sarawak merancang untuk membuat pelaburan besar di sini dengan membina sistem Transit Aliran Automasi (ART), kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, perancangan itu bertujuan menyokong pertumbuhan pesat di Bintulu yang turut menempatkan beberapa sektor ekonomi penting bagi Sarawak.

Beliau berkata, ekoran penambahan penduduk di Bintulu, bandar ini perlu memiliki model pengangkutan awam yang baik.

“Selepas (pembinaan ART di) Kuching, kita membuat kajian (untuk) menubuhkan satu public transport yang baik, ini pelaburan yang besar,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Sebelum ini beliau berkata, projek ART bakal dimulakan di Bintulu pada tahun 2025, dan Kerajaan Sarawak sudah memutuskan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata sistem pengangkutan awam itu juga dapat disambungkan ke Samalaju.

“Bukan itu sahaja, laluan itu juga akan disambungkan untuk menyeberangi sungai sebaik sahaja Jambatan Kemena-Jepak siap pada 2025,” katanya.

Sekitar 3,000 pekerja berulang-alik ke Tanjong Kidurong dan jumlah itu dijangka akan bertambah kepada kira-kira 6,000 orang setelah pembinaan loji metanol dan hidrogen siap nanti.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Skuad bola sepak B-19 belasah Singapura 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.