ARTIKEL

Speaker UK House of Commons, Sir Lindsay Hoyle, ditemu bual khas oleh BERNAMA di Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur semalam. - Foto: BERNAMA

Kepimpinan Malaysia dalam ASEAN penting untuk atasi krisis Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kepimpinan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) memainkan peranan penting dalam menangani krisis politik yang berterusan di Myanmar, kata Speaker House of Commons United Kingdom (UK), Sir Lindsay Hoyle.

Hoyle memuji peranan Malaysia dalam mempromosikan demokrasi dan kerjasama serantau.

Beliau optimis bahawa Malaysia mempunyai peranan utama dalam usaha membantu Myanmar kembali ke arah kestabilan.

Beliau turut menekankan kepentingan usaha kolektif dalam menyokong kemajuan demokrasi.

“Myanmar sepatutnya berada di barisan hadapan. Namun, apa yang kita lihat ialah Myanmar semakin mundur.

“Dulu ada visi yang baik untuk negara itu bergerak ke hadapan, tetapi kini ia kembali di bawah pemerintahan junta tentera,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan BERNAMA sempena lawatannya ke Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa pemerintahan diktator bukanlah penyelesaian yang berdaya maju, dan usaha perlu dilakukan bagi mengembalikan pemerintahan demokrasi di Myanmar.

“Tiada siapa mahu melihat kekejaman berlaku di mana-mana negara.

“Tiada siapa mahu melihat rakyat mereka sendiri ditindas.

“Itu tidak boleh diterima,” katanya.

Myanmar terus bergolak sejak rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokratik pada Februari 2021.

Krisis di Myanmar menjadi kebimbangan utama ASEAN kerana pertempuran berterusan antara kerajaan junta dengan pelbagai kumpulan telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara itu.

Lawatan kerja Hoyle ke Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang turut mengadakan lawatan ke UK pada Januari lalu.

Speaker Parlimen UK berkenaan tiba di Malaysia pada Isnin, dan mengadakan beberapa pertemuan di Kuala Lumpur dan Sarawak sebelum berlepas pulang ke UK pada Jumaat. – BERNAMA (Wan Muhammad Aslah Wan Razali)

#kepengerusianasean

#malaysiapengerusiasean

#krisispolitikmyanmar

BERITA LAIN

BERITA TERBARU