Keputusan rundingan minyak dan gas mungkin pada Oktober – Hasidah

KUCHING: Rundingan berhubung hak minyak dan gas di Sarawak dijangka akan mencapai kata putus pada penghujung tahun ini, kata Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurutnya, rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63) masih berjalan seperti biasa dan akan ada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan hal tersebut.

“Kami jangka pada Oktober atau  penghujung tahun ini, kami akan dapat merumuskan segala perbin- cangan berkaitan MA63.

“Kami akan beri tempoh mung- kin sehingga penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas Program Ibadah Korban sempena Aidiladha 1440H di Pusat Khidmat Adun Samariang di sini, semalam.

Tambahnya, sebelum ini run- dingan mengenai perkara tersebut dilakukan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Akan tetapi, pada mesyuarat yang lalu bersama-sama Jawa- tankuasa Pemandu, beliau (Tun Mahathir) mengumumkan bahawa beliau sendiri akan mengambil alih rundingan tersebut.

“Oleh itu, beliau akan berurusan secara terus dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah,” katanya.

Jelas Hasidah, apa sahaja keputusan, ia akan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu dan kita akan tunggu sehingga penghujung Oktober atau penghujung tahun ini.

Selain itu Hasidah berkata, hal ini bukan sahaja melibatkan royalti mi- nyak dan gas 20 peratus tetapi ter- masuk cukai lima peratus terhadap produk eksport petroleum mentah.

“Kami sangat tegas dalam mene- kankan cukai lima peratus ini kerana ia merupakan hak kita dalam per- lembagaan.

“Kami juga ingin memastikan undang-undang seperti Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) dilak- sanakan dan banyak lagi pekara lain yang masih dalam rundingan,” jelasnya dengan tegas.

Hasidah berkata, rundingan ini sememangnya akan memakan masa yang panjang namun pada akhirnya apa yang kita mahukan, kedua-dua pihak mendapat keun- tungan yang sama.

Ketika ditanya sekiranya Kerajaan Sarawak ada menuntut Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan pendapatan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Sabah yang menuntut kembali 40 peratus hasil pendapa- tan negeri mereka, Hasidah menafi- kannya.

“Kita tidak meminta perkara sede- mikian.Apa yang berlaku di Sabah adalah perkara yang berbeza.

“Seperti yang saya katakan tadi, kita hanya fokus kepada cukai lima peratus produk eksport petro- leum dan pelaksanaan OMO yang mengawal selia undang-undang berkaitan minyak dan gas kita,” ujarnya semalam.

Dua hari yang lalu, Hasidah berkata bahawa Kerajaan Sarawak masih menunggu kepu- tusan Tun Dr Mahathir berhubung tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MA63 yang seterusnya. Katanya, tarikh tersebut akan diumumkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir.

Suara Sarawak