KUALA LUMPUR: Seramai 12,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 bakal mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing mulai 20 Ogos ini menerusi semakan dalam talian bermula jam 10 pagi.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan keputusan peperiksaan itu boleh disemak secara dalam talian melalui laman sesawang myresultspmu.moe.gov.my.
“Semakan dibuka mulai jam 10 pagi esok (20 Ogos) sehingga 6 petang pada 26 Ogos 2026.
“Seramai 12,974 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun ini di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.
KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU 2026.
Calon dinasihatkan membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mendapatkan keputusan masing-masing.

