ARTIKEL

Kerajaan Hong Kong kutuk keganasan pemprotes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HONG KONG: Kerajaan Hong Kong mengecam perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan penunjuk perasaan dalam demonstrasi pada Ahad, lapor agensi berita Sputnik.

Penunjuk perasaan yang berhimpun di Teluk Causeway, Wan Chai dan Admiralty bertindak ganas selain merosakkan banyak kemudahan awam.

“Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong mengutuk tindakan radikal penunjuk perasaan yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Polis akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi keselamatan orang awam dan mengembalikan ketenteraman,” menurut kenyataan dikeluarkan pada Ahad.

Foto AFP

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Hong Kong diancam gelombang bantahan apabila penunjuk perasaan membantah mengenai pindaan undang-undang ekstradisi. Protes sering kali bertukar menjadi ganas apabila penunjuk perasaan bertembung dengan polis.

Pada September, pindaan rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan kontroversi itu secara rasmi ditarik balik, bagaimanapun bantahan tetap diteruskan menuntut siasatan dijalankan terhadap keganasan yang dilakukan pihak polis ketika menyuraikan penunjuk perasaan. Pihak berkuasa menafikan anggota mereka menggunakan kekerasan ketika berdepan penunjuk perasaan.

Beijing menyifatkan masalah yang melanda Hong Kong itu berpunca campur tangan asing dalam urusan pentadbiran wilayah itu. – Bernama

Foto AFP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk