ARTIKEL

Hanifah Hajar Taib bersama penduduk semasa Program Santuni MADANI di Kampung Penat, Mukah, pada Ahad.

Kerajaan komited bawa pembangunan menyeluruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Santuni MADANI bukan sekadar aktiviti turun padang, sebaliknya menjadi medium penting untuk memperkukuh nilai kebersamaan serta mengeratkan hubungan antara kerajaan dan rakyat secara lebih dekat serta bermakna.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata pendekatan mesra dan inklusif melalui program berkenaan membolehkan kerajaan memahami dengan lebih mendalam realiti kehidupan masyarakat di peringkat akar umbi.

Hanifah Hajar Taib bersama penduduk semasa Program Santuni MADANI di Kampung Penat, Mukah, pada Ahad.

Menurut beliau, usaha menyantuni rakyat turut membuka ruang untuk menilai keperluan setempat melibatkan aspek kesejahteraan penduduk, pembangunan infrastruktur, pendidikan, peluang ekonomi serta pelaksanaan program khusus untuk golongan belia.

“Pandangan dan suara masyarakat amat penting supaya setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan dan benar-benar memenuhi keperluan rakyat,” katanya pada Program Santuni MADANI di Kampung Penat, di sini, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk membawa pembangunan yang menyeluruh dan inklusif ke kawasan luar bandar serta komuniti setempat.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan setiap inisiatif pembangunan memerlukan sokongan padu, kerjasama berterusan serta penglibatan aktif seluruh lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, kerjasama strategik antara penduduk kampung dan agensi kerajaan perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan bersifat mampan, sejahtera dan berdaya maju.

“Kesejahteraan dan kemajuan sesebuah kampung hanya dapat dicapai melalui gandingan erat semua pihak termasuk masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepimpinan tempatan,” katanya.

Dalam program berkenaan, Hanifah turut menyampaikan sumbangan alat pemadam api kepada 70 penduduk kampung sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan komuniti.

Terdahulu, beliau menyempurnakan simbolik penyerahan Program Khidmat Komuniti Kemahiran Merentas Kebajikan anjuran Sarawak Skills Mukah yang memberi manfaat kepada 10 buah rumah di kampung tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU