JOHOR BAHRU: Kerajaan Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan perkara di bawah Malaysia Agreement 1963 (MA63) dalam tempoh tiga tahun pentadbiran.
Menurut BERNAMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud berkata pencapaian itu melepasi rekod pentadbiran terdahulu yang hanya menyelesaikan empat perkara dalam tempoh lebih lama.
Beliau berkata daripada keseluruhan 29 tuntutan MA63, sebanyak 13 perkara kini telah diselesaikan menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Antara perkara yang berjaya diselesaikan termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah serta Sarawak sebagai jabatan teknikal, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pengukuhan badan kehakiman.
Menurut beliau, kerajaan turut meningkatkan peruntukan khas interim kepada RM600 juta bagi setiap wilayah selain menambah peruntukan pembangunan Sabah kepada RM6.9 bilion bagi mempercepat projek infrastruktur utama termasuk Lebuhraya Pan Borneo.



