ARTIKEL

Kerajaan muktamad langkah lindungi PMKS saingan e-dagang luar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI sedang memuktamadkan langkah susulan yang menyeluruh bagi menangani keresahan peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan susulan persaingan sengit daripada platform e-dagang luar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkenaan telah dibangkitkan secara langsung kepada kepimpinan tertinggi China dan menerima komitmen positif daripada rakan sejawatnya, Li Qiang, serta syarikat gergasi seperti Alibaba bagi melindungi kelangsungan PMKS tempatan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa isu pembelaan peniaga terjejas itu akan dijadikan antara perkara keutamaan dalam Mesyuarat Kabinet yang akan datang.

Selain isu perdagangan PMKS, Misi Diplomasi MADANI ke Shanghai dan Hangzhou itu berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM28.6 bilion dalam sektor berimpak tinggi serta potensi eksport mencecah RM8.2 bilion bagi tempoh satu hingga tiga tahun.

Anwar yang berlepas pulang ke tanah air petang tadi menyifatkan lawatan kerja tiga hari itu berjaya memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-China di samping membuka ruang penerokaan teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI) seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU