KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk Sarawak menjadi tuan rumah bersama bagi penganjuran Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, beliau yakin Sarawak mampu menjadi penganjur bersama kejohanan bertaraf antarabangsa itu memandangkan kejayaan pelaksanaan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang cemerlang dan terbaik pernah diadakan di negara ini.
“Saya percaya kepada keupayaan Kerajaan Negeri dan kami akan mengesahkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Madani pada Rabu depan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memuji kehebatan majlis pembukaan SUKMA Sarawak yang berlangsung pada 17 Ogos lalu, dikatakan setaraf Sukan Olimpik, malah hebat daripada majlis perasmian di Paris baru-baru ini.




