BAU: Kerajaan Sarawak membayar pampasan tanah bernilai RM1,633,877.80 kepada 27 penerima dari Kampung Apar Singai di sini, semalam.
Bayaran pampasan berbentuk cek itu adalah bagi tujuan projek pembinaan Jalan Apar By-Pass dengan penggantian Jambatan Bailey yang menyeberangi Sungai Adis. Majlis penyerahan cek kepada penerima disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sungai dan Laut Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep di Baruk Singai, Kampung Sudoh.
Tegasnya, kerajaan tidak pernah merampas tanah untuk tujuan pembangunan, sebaliknya tanah yang “diambil” itu dibayar pampasan berdasarkan nilainya.

