ARTIKEL

James Jetif Sikos

Kerajaan Sarawak dihargai bantu keluarga mangsa tragedi helikopter FDS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Keprihatinan dan bantuan Kerajaan Sarawak terhadap keluarga serta mangsa tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang mendapat penghargaan daripada Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pakan, James Jetif Sikos.

Beliau berkata sokongan yang diberikan kerajaan negeri amat bermakna kepada keluarga mangsa dalam menghadapi detik sukar susulan tragedi berkenaan.

Ahli Panel Penasihat Klink Kesihatan Pakan merakamkan kenanganga bersama Mawan

“Bantuan dan keprihatinan yang diberikan kepada keluarga serta mangsa amat bermakna dalam menghadapi detik yang begitu sukar,” katanya.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pakan di Rumah Janting, Pakan.

Pada masa sama, Jetif menegaskan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pakan perlu berperanan sebagai penghubung penting antara masyarakat dengan pihak kesihatan, khususnya dalam memastikan keperluan penduduk luar bandar dapat disampaikan dan diberi perhatian secara lebih tersusun.

Katanya, panel berkenaan bukan sekadar wadah perbincangan, sebaliknya perlu menjadi platform yang aktif, terbuka dan berkesan dalam mengenal pasti isu serta keperluan kesihatan masyarakat setempat.

“Melalui panel ini, kita dapat menyampaikan pandangan, keperluan dan cadangan masyarakat kepada pihak kesihatan secara lebih tersusun,” katanya yang juga MyChampion Duta Ubat.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk akses kepada rawatan, kemudahan klinik, kesedaran kesihatan, pencegahan penyakit, kesihatan warga emas, ibu dan kanak-kanak serta keperluan masyarakat luar bandar.

Menurutnya, usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan tidak boleh dipikul oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara pihak Klinik Kesihatan Pakan, panel penasihat, pemimpin masyarakat dan agensi berkaitan.

“Kesihatan merupakan tanggungjawab bersama.

Kita tidak semestinya dapat menyelesaikan semua perkara dalam satu masa, tetapi melalui kerjasama, komunikasi dan tindakan secara berperingkat, saya percaya banyak penambahbaikan boleh dicapai,” katanya.

Jetif turut berharap setiap pandangan masyarakat dapat didengar dan dibincangkan dengan baik supaya perkhidmatan kesihatan yang disediakan benar-benar memenuhi keperluan penduduk Pakan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri William Mawan anak Ikom, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak merangkap ADUN N.47 Pakan, kerana meluangkan masa bersama masyarakat pada program tersebut.

Penghargaan turut diberikan kepada pihak Klinik Kesihatan Pakan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, ahli Panel Penasihat Klinik Pakan, wakil agensi kerajaan, penghulu, ketua masyarakat serta semua pihak yang hadir dan menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan kesihatan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU