ARTIKEL

Abdul Karim ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan (SFCF) 2026 anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan, di sini, malam tadi.

Kerajaan Sarawak Diminta Pertimbang Semula Kos Pembinaan Samarahan Boulevard Fasa Dua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak diminta untuk mempertimbangkan semula kos bagi projek pembinaan Samarahan Boulevard fasa kedua kepada jumlah asal selepas berlaku pengurangan peruntukan sebelum ini, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata, langkah tersebut penting kerana pengurangan kos menyebabkan banyak komponen terpaksa digugurkan termasuk tempat riadah dan kemudahan lain.

Menurutnya, kos keseluruhan pembinaan projek Samarahan Boulevard itu juga melebihi RM100 juta dengan fasa pertama hampir siap dan kini memasuki fasa kedua pembinaan.
“Saya telah mengadakan pertemuan dengan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi memohon supaya kos projek ini dapat dipertimbangkan semula. Mudah-mudahan permohonan untuk meningkatkan semula kos tersebut akan diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan (SFCF) 2026 anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Karim menambah, kos pembinaan Samarahan Boulevard pertama adalah melebihi RM20 juta.

Menurutnya, Kota Samarahan bertuah kerana masih mempunyai kawasan tanah yang mencukupi untuk membangunkan sebuah boulevard yang bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu di kawasan itu.

“Insya-Allah, pada masa hadapan, pelbagai sambutan dan acara berskala besar peringkat Sarawak seperti sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Hari Kebangsaan dan Hari Sarawak boleh diadakan di sini,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, pembinaan boulevard itu dirancang sebagai lokasi alternatif untuk penganjuran acara rasmi dan sambutan berskala besar di Sarawak memandangkan selama lebih 60 tahun, kebanyakan acara berkenaan dan perarakan rasmi tertumpu di Padang Merdeka.

Untuk rekod, pada Majlis Pecah Tanah Projek Samarahan Boulevard Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) 17 Januari lalu, Samarahan Boulevard diumumkan sebagai ruang awam dengan landskap sepanjang 1.44 kilometer dari kawasan Masjid Al-Muttaqin hingga ke bangunan MPKS dekat ini.

Ia juga melibatkan kawasan seluas 23.3 hektar atau 57.28 ekar sekali gus dilengkapi dengan kawasan riadah mesra keluarga, zon aktif untuk kesihatan dan kesejahteraan, serta ruang berasaskan alam semula jadi dengan laluan joging dan berbasikal.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian