ARTIKEL

Datuk Len Talif Salleh (tengah) bergambar bersama para pengamal media yang menyertai Majlis Malam Apresiasi Bersama Media di Kuching semalam.

Kerajaan Sarawak hargai peranan media sebar luas inisiatif pembangunan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menghargai peranan media dalam menyebarluaskan maklumat tentang inisiatif pembangunan negeri, dan memastikan rakyat mendapat informasi yang tepat serta menyeluruh.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh, berkata media telah memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai dasar serta usaha Kerajaan Negeri, selain tentang Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 baru-baru ini.

“Malam ini, kita ada penyertaan 20 agensi media di Sarawak dengan 80 orang pengamal media hadir.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang bertungkus lumus menjalankan tugas menyampaikan maklumat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Malam Apresiasi Bersama Media di sini semalam.

Beliau turut mengaku bahawa liputan meluas yang diberikan kepada konvensyen PBB membolehkan rakyat untuk memahami hala tuju parti dalam menyokong aspirasi pembangunan negeri.

Pada konvensyen tersebut, Len turut menawarkan diri sebagai calon Naib Yang Dipertua PBB dan berjaya memperoleh tempat keempat selepas mencuba buat kali kedua.

“Bagi saya, pemilihan ini bukan soal kalah atau menang, tetapi kemenangan bagi PBB secara keseluruhannya.

“Proses pemilihan berlangsung lancar, mencerminkan kematangan politik dalam parti,” ujarnya.

Beliau berharap budaya politik matang dan harmoni seperti yang ditunjukkan sepanjang konvensyen dapat terus dikekalkan dalam landskap politik Sarawak dan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak media yang sentiasa komited dalam menyampaikan berita dan maklumat pembangunan demi kepentingan rakyat.

#politikmatangsarawak

#inisiatifpembangunansarawak

#mediasebarluasmaklumat

BERITA LAIN

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada

BERITA TERBARU

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada