ARTIKEL

Douglas Uggah menerima cenderahati semasa Majlis Pemimpin Bersama Komuniti sempena Program XPDC 2.0 Turun Padang ke Daerah Belaga dan Murum di Dewan Masyarakat Belaga, malam tadi.

Kerajaan Sarawak komited naik taraf jalan balak luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Kira-kira 3,293 kilometer daripada keseluruhan 5,297 kilometer jalan balak di negeri ini masih aktif digunakan.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak komited menaik taraf jalan tersebut serta bekas jalan balak di seluruh negeri.

Menurutnya, usaha ini bagi memastikan kemudahan infrastruktur luar bandar dapat diselenggara dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat.

“Usaha ini penting kerana jalan balak yang dinaik taraf dan diklasifikasikan sebagai jalan negeri boleh didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), seterusnya membolehkan peruntukan penyelenggaraan disalurkan dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Komuniti sempena Program XPDC 2.0 Turun Padang ke Daerah Belaga dan Murum di Dewan Masyarakat Belaga, malam tadi.

Jika jalan-jalan tersebut dinaik taraf, jelasnya, lebih banyak peruntukan dapat diagihkan bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati akses jalan yang lebih baik.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan memaklumkan Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM38 juta bagi kerja-kerja pembaikan jalan yang rosak akibat hujan lebat dan tanah runtuh termasuk di Jalan Menjawah–Belaga serta Lusong Laku.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang sentiasa menitikberatkan pembangunan luar bandar menerusi penubuhan agensi pembangunan wilayah seperti Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) selain memperkenalkan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) yang menjadi contoh unik di Malaysia.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sijil pelantikan kepada tiga ketua kaum baharu, di samping 23 penerima sijil pelanjutan lantikan serta seorang penerima sijil penghargaan.

Kira-kira 400 penduduk setempat hadir memeriahkan majlis berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU