ARTIKEL

Kerajaan Sarawak Komited Pelihara Kebajikan Rumah Ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memelihara keharmonian masyarakat berbilang agama terus dizahirkan apabila tujuh pertubuhan menerima geran berjumlah RM1.7 juta daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sarikei merangkap ADUN Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii, dalam satu acara ringkas di Pusat Khidmat DUN Repok, petang semalam.

Antara penerima ialah Gereja Methodist Bee Eng, Persatuan Agama Buddha Tantrayana, Lembaga Pengurusan SK Methodist Anglo-Chinese, SJK Su Kwong, SJK Su Lee, SMK Tong Hua serta SJK(C) Tong Hua.

Menurut Huang, peruntukan berkenaan akan digunakan sepenuhnya bagi menaik taraf rumah ibadat serta kemudahan pendidikan yang berkaitan.

Beliau menegaskan sumbangan tersebut membuktikan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memupuk kesefahaman serta menghormati hak semua kaum dan agama di negeri ini.

Tiong Sii turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas kelulusan peruntukan UNIFOR khususnya untuk kawasan Repok.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak berkaitan yang sentiasa membantu menyalurkan dana bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penaiktarafan gereja serta kuil.

Jelasnya, Sarawak memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai dana khas untuk membantu rumah ibadat, sesuatu yang tidak terdapat di negeri lain.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat, khususnya di Bintangor, supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan GPS demi memastikan kesinambungan peruntukan ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat