ARTIKEL

IR YUSUF ABD WAHAB

Kerajaan Sarawak lulus RM518 juta bina jalan Kampung Paloh-Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM518 juta bagi melaksanakan projek pembinaan jalan raya baharu Kampung Paloh–Tanjung Manis.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah RM267 juta untuk tujuan yang sama, sekali gus menjadikan kos keseluruhan pelaksanaan projek berimpak tinggi itu sebanyak RM785 juta.

Menurut Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab, perkembangan menggembirakan itu memberi sinar baharu kepada penduduk empat buah kampung yang ketika ini bergantung dengan pengangkutan sungai.

“Kampung-kampung tersebut ialah Paloh, Kedang, Berangan dan Stalun. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memberi peruntukan keseluruhan berjumlah RM785 juta untuk projek ini.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan itu, sudah pastinya saya sangat gembira,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, , berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bahagian Mukah, kerja ukur, penjajaran tapak, reka bentuk terperinci dan proses tender dijangka bermula tahun depan.

Bagaimanapun katanya, beliau berharap pelaksanaan projek yang melibatkan laluan sepanjang 24 kilometer (km) itu dilaksanakan secara secepat mungkin.

BERITA LAIN

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli

BERITA TERBARU

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli