ARTIKEL

Kerajaan Sarawak luluskan peruntukan tambahan bina kolam renang Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kuong Hiing meluangkan masa bersama penduduk Sungai Gemuan selepas menghadiri Gotong Royong anjuran Persona Sarawak di Masjid Al Falah, semalam.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan tambahan bagi pembinaan kolam renang di kawasan Meradong, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, perubahan lokasi selain penambahan beberapa komponen penting menyebabkan kos projek itu melonjak.

“Lokasi terkini pembinaannya terletak bersebelahan kompleks sukan Bintangor iaitu, berdekatan dengan sungai. Jadi, kita harus melakukan lebih banyak kerja termasuk membina tembok penahan.

“Kini kosnya menelan perbelanjaan lebih kurang RM12 juta namun,  saya dengar peruntukan sudah mendapat lampu hijau daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Gotong Royong anjuran Persona di Masjid Al Falah Sungai Gemuan, semalam.

Kuong Hiing berkata, projek naik taraf tebingan sungai Bintangor yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini juga sedang dalam peringkat perbincangan unit berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU